-->

April 06, 2014

Rugi RM500,000 Che Ta Bagi Amaran Kepada 2 Syarikat Jualan Kosmetik

Dek kerana mempromosi wajahnya sebagai pengguna 2 jenama kosmetik tempatan tanpa sebarang persetujuannya, Rozita Che Wan atau Che Ta kini mulai bertindak.

Rugi RM500,000 Che Ta Bagi Amaran Kepada 2 Syarikat Jualan Kosmetik

Rozita Che Wan menuntut pihak yang menggunakan nama dan wajahnya tanpa kebenaran menurunkan promosi membabitkan dirinya pada dua jenama produk kosmetik kecantikan itu serta-merta.

Menurut Che Ta lagi, dia akan menghantar notis amaran kepada pihak yang enggan didedahkan itu dalam masa terdekat atas penyalahgunaan terbabit.


"Saya sudah beri tunggu dua hingga tiga bulan. Pengurus saya pernah menghubungi dan cuba berunding dengan ejen jualan produk-produk itu untuk turunkan nama dan wajah saya.


"Namun tiada apa-apa tindakan daripada mereka. Jadi saya menerusi peguam akan hantar notis itu yang menuntut mereka yang terbabit untuk turunkan iklan itu dalam masa 14 hari atau berdepan tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada sidang media di sebuah restoran di Jalan Ampang di sini, petang semalam.


Rozita turut ditemani pengurusnya Afeeq Abdul Wahab dan peguam Ahmad Fuad Hasim.

- RotiKaya -