-->

Ogos 25, 2014

Fotografi Terlampau Pasangan Pengantin Di Ipoh

Pengguna jalan raya disini digemparkan dengan adegan sesi fotografi yang melampau di Ipoh. Mengikut beberapa sumber, pasangan itu dikatakan baru berkahwin dan mengambil risiko untuk berpakaian separuh bo-gel di tempat awam untuk mengambil gambar.

[Gambar & Video] Fotografi Terlampau Pasangan Pengantin Di Ipoh


Si pengantin lelaki memakai seluar panjang manakala pasangannya pula memakai cuma coli dan seluar dalam, ditutupi dengan kain yang jarang.

Perbuatan terlampau  pasangan pengantin baru tersebut membuatkan beberapa pengguna jalan raya berhenti untuk melihat gelagat mereka.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq yang dihubungi pula berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.

"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota, jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka boleh menggunakan pendekatan menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan serta-merta," katanya.


Gambar pasangan ini telah menjadi viral di laman sosial dan juga aplikasi whatsapp.

Seorang pengawal yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan ia waktu puncak.

Menurutnya, pasangan itu mula disedari berada di kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.

"Mereka tidak lama berada di kawasan ini, hanya sekitar lima hingga 10 minit. Walaupun sekejap, ia mengundang perhatian kepada pemandu dan pekerja di kawasan sekitar," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/gempar-lihat-pengantin-separuh-bogel-1.311107