-->

September 07, 2014

Anggota PAS dilarang sertai PasMa, kata Tuan Ibrahim


Naib Presiden PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini berkata anggota PAS tidak dibenarkan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.


Beliau juga berkata, PAS tidak menggalakkan sekiranya ahli PAS ingin menyertai pertubuhan itu jika ianya sebuah pertubuhan kebajikan kerana dalam parti Islam itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.

"Tapi tidak ada keperluan ahli PAS untuk sertai PasMa kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program Ijtimak PAS Selangor 2014 di Serdang Selangor hari ini.