-->

September 30, 2014

Bapa Bertukar Jadi Biawak, Gigit Pipi Anak

Kerana gagal mendapat wang yang diminta dari isteri, seorang bapa yang berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis selepas 'menggigit' pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, Jumaat lepas.

Bapa Bertukar Jadi Biawak, Gigit Pipi Anak

Perbuatan kejam "bapa biawak" itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.

Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

"Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapageramtiruaksibiawak/Article/