-->

September 30, 2014

Kisah Sedih Seorang Pakcik Yang Hidup Di Jalanan

Di bawah merupakan satu post di fanpage Pen Merah yang kini menjadi viral dan menjadi tajuk hangat perbualan di media sosial. Kisah seorang pakcik (warga emas) yang hidupnya melarat dan tidur dibawah timbunan kotak kertas yang dikumpulnya. Ikuti catatan penulis asal dibawah...

Kisah Sedih Seorang Pakcik Yang Hidup Merempat Di Jalanan

Assalamualaikum , Allah3x
Saya Cuma nak Share Benda Ini kepada umum... gambar2 yang Saya Upload Ini Adalah Gambar Yang saya sendiri Tangkap ....

Sewaktu Nak balik Rumah Dari Hantar adik Ke hospital, Saya terlihat Kotak2 seperti Ada Seseorng Didalam...

Pada mulanya Saya ingin biarkan Dan menyangkakan ia ialah pekerja Yang ingin berehat2... Tapi entah kenapa Hati ni.Gatal sangat Nak buat U'Turn.. Nak jugak tahu siapa Insan Itu...

Allahurabbi... Terkejut sangat Rupa-rupanya seorang Warga Tua yang hanya memakai Baju/seluar lusuh yang berbaring sambil menyapu2 ubat pada kaki.. saya memberanikan Diri untuk Tegur pakcik ini... Dengan Cepatnya pakcik ni bangun terkejut mungkin dengan kedatangan saya...

Tersentuh nya Hati...
Ya allah... Bila mendengar penjelasan pakcik ini siapapun pasti menitis air mata ..Dia punyai keluarga, Tetapi Tiada siapa mahu dia tinggal bersama, Dia dihantar ke rumah Warga tua.. namun Dihalau keluar oleh Ketua rumah warga tua itu... yg beliau beritahu nama 'Darren'...

lagi sedih bila pakcik tu cakap..biarlah dia hidup bgini.. mungkin dia hanya menyusahkan ... bagi keluarganya..

Bila saya tanya bagaimana pakcik nak makan/minum??? Walaupun pakcik tu tak jawab pertanyaan saya...tapi saya sendiri nampak plastik bewarna merah itu adalah sisa2 makanan yang mungkin diperolehi dimana2 restoran atau Hospital ...Dan saya yakin itu adalah makanan harian beliau.. Ya allah...dari segi percakapan beliau, saya yakin beliau berbangsa kadazan dusun...

Bila saya tanya sama ada dia mmpunyai identity card, Dan saya dapati beliau beragama Islam .. Dia Tak patut diperlakukan seperti ini...

Kawan2 Tolong bantu pakcik ini.. dia memerlukan bantuan...dia hanya tinggal dibawah pokok yg hnya beratapkan Kotak..tiada apa yang mampu saya cakap... hanya mmpu berdoa semoga pakcik ini cekal dgn kehidupan ini.. semoga tabah..

Sebelum Balik saya sempat menghulur sedikit wang yg tak seberapa namun ditolak oleh nya .. saya terus mendesak nya untuk ambil.. bukan la banyak.sangat tapi mungkin boleh beli makanan yang baik sikit..

Alhmdullilah akhirnya beliau akur... Dan tak putus2 ucap terimaksih pada saya.. Tersentuh sungguh hati.. apalagi yang mampu saya buat saya buat... saya tak dapat bayangkan jika dia ialah. Bapa saya ...

Wahai Pihak Atasan !! sila ambil perhatian !! orang ini memerlukan bantuan....


Kisah Sedih Seorang Pakcik Yang Hidup Merempat Di Jalanan

Ramai yang memberikan komen dan meminta keluarga pakcik Darren ini menjaga beliau kembali. Bahkan ada juga yang berasa pelik kerana dia dihalau keluar dari pusat jagaan orang tua...dan menuduh pihak kerajaan tidak ambil peduli kebajikan beliau....

Namun begitu, seseorang yang mendakwa ahli keluarga terdekat telah tampil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku keatas pakcik Darren ini....ikuti artikel kami seterusnya...

#Penulis asal banyak menggunakan singkatan bahasa, bagi memudahkan anda membacanya kami cuba perbaiki dan menambah singkatan perkataan tersebut.

sumber
https://www.facebook.com/penmerahdotcom/posts/1285995408168827