-->

September 14, 2014

Gambar Khairy Jamaluddin ketika menjalani latihan tentera

Siapa yang tak kenal dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Kahiry Jamaluddin. Anak muda yang mewakili parlimen pokan Rembau ini terkenal sebagai seorang menteri yang aktif dan mesra rakyat.

Gambar Khairy Jamaluddin Sertai Aktiviti Tentera


Pada 22 Mei 2010, Khairy yang menyertai askar Wataniah muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di Rasah, Negeri Sembilan. Beliau menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.


Bermula pada Januari 2014, Khairy dilantik pula sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah (AW) yang baru. Khairy telah ditauliahkan sebagai komander oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di atas perkenan baginda. Pelantikan Khairy sebagai Komander Rejimen 508 AW yang baharu telah dipersetujui Majlis Angkatan Tentera Malaysia.


Antara pengalaman Khairy yang pernah melakukan terjunan bersama anggota tetap ATM di Kem Sg Udang Melaka, "Semasa berada di pintu pesawat untuk siap sedia terjun, bila lampu merah menyala kita memang dah sedia dan bila bertukar hijau, jurulatih kata go...terus hayun kaki dan terjun. Ketika lompat memang saya berdebar dan jadi blank hingga terlupa nak baca doa. Kononnya nak baca doa sebelum terjun, tetapi tak sempat hanya dapat baca Bismillah.





"Selepas keluar dari pesawat, rasa seperti disedut macam vakum sebab kapal terbang bergerak, angin di belakang bagai menyedut dan ia satu pengalaman memang tidak boleh dilupakan,"


Untuk info, Khairy Jamaludin merupakan satu-satunya Menteri yang berlatih selama beberapa bulan bersama anggota tentera sehingga menerima sayap didada.


"Bila dapat pakai sayap airbone ini memang puas hati sebab saya melalui semuanya. Tidak ada apa-apa latihan yang saya tak buat. Mungkin ada orang ingat saya buat sikit-sikit. Saya tidak pernah ponteng apatah lagi tinggal Kem Sungai Udang," jelas beliau.

KJ melihat gelagar anaknya Jibreil Ali memberi tabik hormat.
Mengimbas latihan itu, beliau mengakui penerjunan kedua adalah paling menakutkan berbanding yang pertama kerana kita sudah tahu situasi ketika terjun dari pesawat.


"Sebenarnya setiap kali terjun memang ada rasa berdebar. Bila saya tanya komando yang dah terjun beribu kali pun mengakui perasaan itu memang ada. Kalau sesiapa yang tidak ada perasaan sedemikian mungkin dirinya ada yang tidak kena.


Apapun KJ memang terbaik dan tindakan beliau sangat2 memberi contoh tauladan kepada golongan generasi mud kini. Tahniah KJ.