-->

September 26, 2014

Jenazah Jamil Sulong Selamat Di Kebumi

Suasana sedih jelas menyelubungi perkarangan masjid Al Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di Petaling Jaya apabila rakan artis seangkatan Allahyarham Datuk Jamil Sulong, 88, hadir memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham, hari ini.

Jenazah Jamil Sulong Selamat Di Kebumi

Jenazah Datuk Jamil atau Pak Jamil yang meninggal pada jam 9.35 malam tadi akibat serangan angin ahmar tiba di masjid Al Ghufran kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mereka yang hadir melawat antaranya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Mustapha Maarof, Datuk DJ Dave, Datuk Hattan, Raja Norbaizura, Aziz M Osman dan ramai lagi.

Datuk Mustapha yang ditemui menyifatkan industri kehilangan sebutir permata hebat yang pernah menyinari persada seni sejak sekian lama.


"Saya mula kenal Allahyarham sejak tahun 1953 dan beliau seorang yang lemah lembut, suka ketawa serta tiada sifat marah.


"Beliau jugalah yang menerima saya berlakon filem Hang Tuah dengan memegang watak Tun Zainal.

"Saya sempat melawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 10 hari lalu tetapi dia sudah tidak sedarkan diri ketika itu," katanya.

Jenazah Jamil Sulong Selamat Di Kebumi

Sementara Datin Rosnani Jamil atau Mak Nani enggan ditemubual buat masa ini kerana masih bersedih dengan kehilangan suaminya.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Janda Baik, Pahang selepas solat Jumaat hari ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenghormatanterakhirkepadaPakJamil/Article/index_html