-->

September 04, 2014

Penjenayah Lepasi Sistem TAC, Berjaya Curi RM100,000

Mungkin ramai yang menyangka perkhidmatan perbankan internet adalah selamat.

Apatah lagi apabila pihak bank memperkenalkan sistem TAC yang membolehkan verifikasi kod dihantar kepada tuan akaun melalui telefon mengesahkan transaksi. Namun, baru-baru ini terdapat satu kes, yang merungkai bagaimana penjenayah mampu melepasi ciri TAC ini.

Penjenayah Lepasi Sistem TAC, Berjaya Curi RM100,000

Menerusi laporan malaysiagazette.com, kes itu merupakan satu kes yang terancang. Mangsa dilaporkan kehilangan RM100,000 setelah akaun perbankan Internet syarikatnya diceroboh.

Modus Operandi:

  • Penjenayah mencuri identiti mangsa
  • Penjenayah kemudian membuat laporan kehilangan telefon bimbit kepada syarikat telekomunikasi menggunakan identiti mangsa
  • Penjenayah kemudian memperoleh kad sim baru dengan nombor telefon mangsa yang membolehkan dia menerima kod TAC yang merupakan ciri keselamatan utama bagi setiap transaksi.

Setelah mangsa sedar ada gangguan pada perkhidmatan telefonnya, dia membuat aduan kepada syarikat telconya dan mendapati perkhidmatannya telah diberhentikan. Tanpa rasa syak wasangka, mangsa hanya berpuas hati apabila dia mendapat kembali perkhidmatan telefonnya disambung semula.

Mangsa hanya sedar akaunnya telah diceroboh apabila dia mendapati RM100,000 hilang dari akaun syarikatya pada pagi Jumaat.

"Hasil pemeriksaan dengan bank, saya diberitahu bahawa sebanyak 20 transaksi telah berlaku tanpa pengetahuan saya dari pukul 11 malam Khamis sehingga pukul 1.19 pagi Jumaat.

"Bank memberitahu bahawa semua transaksi diluluskan selepas TAC yang betul diberikan," kata mangsa yang bernama Chen.

Chen,mangsa ,memeriksa semula kandungan SMS dalam telefon dan mendapati ada satu SMS dihantar oleh syarikat telekomunikasi kira-kira pukul 10 malam memberitahu ada permohonan penukaran kad sim.

"Saya pada masa itu sudah tidur dan hanya sedari sms itu pada pagi Jumaat," katanya.

Chen percaya, penjenayah berjaya melepasi semua proses membuat permohonan kad sim baharu dengan identitinya yang telah dicuri sebelum ini. Lebih bijak, penjenayah itu melakukan aktiviti haramnya pada pukul 10.00 malam dan keatas bagi mengelakkan sebarang kecurigaan oleh mangsa.

Mangsa telah membuat laporan polis di Petaling Jaya.

sumber
http://www.siakapkeli.com/2014/09/penjenayah-berjaya-lepas-ciri.html