-->

September 04, 2014

Lelaki Ini Di Lahirkan Kepala Jatuh Ke Belakang

Jika anda pernah merasakan badan anda tidak pernah sempurna, Claudio Vieira de Oliveira akan memberikan anda satu kelainan. Beliau dilahirkan sejak azali dengan kepalanya kebelakang.



Claudio Vieira de Oliveira mengalami kecacatan teruk pada kaki, hampir tiada penggunaan lengan dan tangannya, dan kepalanya pula terbalik.

Claudio, 37, dilahirkan dengan "arthogryposis kongenital", iaitu kecacatan sangat ekstrem dan ketika Claudio dilahirkan ibunya telah dinasihatkan oleh doktor untuk membiarkan saja dia mati.


Naluri seorang ibu, ibu Claudio membuktikan kepada dunia bahawa beliau boleh melakukan sesuatu yang tiada sesiapa pun boleh melakukannya, dan mungkin melakukannya dengan lebih baik.

Ibunya berkata: "Ramai orang berkata, bayi itu akan mati kerana dia hampir tidak boleh bernafas apabila dia dilahirkan.


Tetapi kini, Claudio membuktikan tanggapan orang ramai itu salah. Beliau adalah seorang pemidato yang menjadi sumber inspirasi dan juga mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan.

Claudio, yang tinggal di Brazil, berkata: "Aku adalah seorang sentiasa suka untuk menjaga diri, sibuk bekerja dan tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.


"Aku telah belajar untuk menghidupkan TV, mengangkat telefon bimbit, menghidupkan radio, menggunakan internet, komputer menggunakan kemampuan diri  sendiri."

[5 Gambar] Lelaki Ini Di Lahirkan Dengan Kepala Jatuh Ke Belakang

Claudio berkata: "Sepanjang hidup saya, saya dapat menyesuaikan diri badan saya kepada dunia. Sekarang, saya tidak melihat diri saya sebagai yang berbeza. Saya seorang yang normal."

sumber
http://metro.co.uk/2014/09/01/prepare-to-be-seriously-inspired-by-the-man-who-was-born-with-an-upside-down-head-4852726/