Shahrol Shiro menafikan gosip kononnya dia sedang bercinta dengan bekas finalis program Projek Metro iaitu Iera Fakhira, 24 tahun.
Sharol, bagaimanapun tidak menafikan mengenali wanita berkenaan namun hubungan mereka sekadar teman biasa.
"Saya kenal Iera tetapi gosip mengatakan kami bercinta itu tidak benar dan hubungan kami sekadar kawan biasa sahaja," katanya.
Iera atau nama sebenarnya Nurfakhira Che Abdul Muhsin, 24, adalah anak tiri kepada penyanyi Saleem (Iklim) iaitu anak kepada isterinya, Juriah Bachok dengan suami terdahulu.
Dalam pada itu, Shahrol memberitahu, dia dan Iera sudah lama tidak bertemu ekoran wanita berkenaan kini tidak berada di dalam negara kerana bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
Jelas Shahrol, gosip kononnya dia bercinta dengan Iera tidak perlu diperbesarkan kerana tidak wujud sebarang hubungan cinta di antara mereka.
"Tiada apa-apa pun, kawan sahaja. Tambahan pula dia kini tidak berada di Malaysia kerana bertugas sebagai pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
"Sebelum ini dia adalah pramugari syarikat AirAsia. Kami pun sudah lama tidak berhubung di antara satu sama lain," jelasnya.
Sementara itu, Shahrol memberitahu, dia kini masih solo dan belum terfikir untuk mencari teman wanita kerana sibuk dengan kerjaya seninya sebagai pelawak.
"Belum ada sesiapa lagi kerana tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal peribadi dan fokus saya kini adalah berkaitan kerja," katanya.
#Harap2 apa yang dizahirkan Sharol Shiro itu benar....kesian kat org rumah yg membaca gossip begini....
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/24/shahrol-jawab-gosip-cinta/