Aktres Sherry Ibrahim menyangkal desas desus kononnya wujud cinta lokasi antara dia dengan pelakon baru, Fattah Amin. Khabar tersebut timbul selepas mereka digandingkan dalam drama 'Cinta Ibadah' yang disiarkan sejak 8 September lalu di Astro Prima, Maya HD dan Ria Plus.
"Kalau ada yang kata wujud cinta lokasi antara saya dan Fattah memang tidak benar. Sebab sejak dari awal penggambaran, memang kami tak rapat. Hanya di penghujung penggambaran baru kami jadi rapat.
"Jadi dari awal memang hubungan itu atas paksi profesional. Lagipun tak banyak babak kami bersama.
"Saya hanya memegang watak doktor kepada isteri beliau dalam drama ini. Hubungan ini masih baru. Saya tak mahu menggembar-gemburkan sangat. Tapi kami memang berjumpa kalau ada masa terluang," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
sumber
http://www.bharian.com.my/node/7423