-->

September 30, 2014

Tikus Dalam Sayur Di Pasaraya Mid Valley

Chiah Yoke Fong, memuat naik dua gambar penemuan yang amat menjijikan di sebuah pasaraya terkemuka di Facebook mendapat 4,654 shares di Facebook.

Tikus Dalam Sayur Di Pasaraya Mid Valley

Gambar yang dikongsikan itu bukanlah gambar yang menarik, sebaliknya gambar seekor tikus bersembunyi dibawah timbunan sayur brocolli hijau.


Chiah dengan segera memaklumkan penemuan berkenaan kepada kakitangan Aeon Big warga Bangladesh.

Sebaliknya kakitangan terbabit memanggil rakan kerjanya seorang perempuan melayu datang melihat penemuan itu.


Menurut Chiah, reaksi kedua kakitangan Aeon Big berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda terkejut mahupun memohon maaf kepadanya berikutan perkara yang tidak sepatutnya terjadi itu.

Menurut Chiah lagi, dia telah serik dan tidak akan berbelanja lagi di cawangan Aeon Big Mid Valley lagi kerana pasaraya itu tidak menjaga kebersihan.

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/09/tikus-ditemui-menyorok-dalam-sayur-di.html