Pihak polis telah mengeluarkan beberapa gambar suspek yang telah menggodam dan mengeluarkan wang tunai dari ATM di cawangan yang dimiliki oleh Affin Bank, Al Rajhi Bank dan Bank Islam.
Semalam, Polis Bukit Aman berjanji untuk membawa penggodam-penggodam yang telah mencuri kira-kira RM 3 juta dari ATM di tiga buah negeri di negara ini ke muka pengadilan.
Polis berkata, suspek telah menggodam mesin ATM dengan memasukkan sebuah cakera padat kedalam CD-ROM yang terdapat pada mesin ATM itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, siasatan awal terhadap kegiatan itu dengan memasukkan CD yang mengandungi virus 'ulssm.exe'.
"PDRM sangat komited dalam menangani jenayat ini hingga ke akar umbi bagi memastikan keyakinan orang awam terhadap instituisi perbankan".
Selain itu, dia juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai jenayah itu untuk membantu polis dalam siasatan dengan menghubungai SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839", kata Datuk Seri Mortadza.
sumber
http://www.siakapkeli.com/2014/09/terkini-polis-dedah-muka-penggodam-atm.html