-->

Oktober 09, 2014

[6 Gambar] Letupan Bom Di Bukit Bintang, Seorang SAH Maut

Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis meninggal dunia.

[6 Gambar] Letupan Bom Di Bukit Bintang, Seorang SAH Maut

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Khamis.

Terdahulu, Khairi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi Khamis, sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu.

[6 Gambar] Letupan Bom Di Bukit Bintang, Seorang SAH Maut

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh mengenai kes letupan bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pagi tadi.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM kini sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Beliau berkata, beliau akan meminta PDRM mengeluarkan kenyataan lengkap mengenainya selepas siasatan lengkap dilalukan.

[6 Gambar] Letupan Bom Di Bukit Bintang, Seorang SAH Maut

"Saya fikir operasi dan siasatan kes akan diserahkan kepada polis," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KDN di sini, hari ini.

Ditanya samada kes letupan itu ada kaitan ada aktiviti pengganas, Ahmad Zahid berkata, PDRM akan menyiasat lanjut sebarang kemungkinan.

[6 Gambar] Letupan Bom Di Bukit Bintang, Seorang SAH Maut

[6 Gambar] Letupan Bom Di Bukit Bintang, Seorang SAH Maut

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KDNserahsiasatanletupanbomkepadaPDRM/Article/index_html
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/10/09/letupan-bom-seorang-maut/