-->

Oktober 13, 2014

Ibu Tunggal Potong Tangan Sendiri Guna 3 Bilah Pisau

Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, Kuala Berang.

[Gambar] Ibu Tunggal Potong Tangan Sendiri Guna 3 Bilah Pisau

Menurut laporan akhbar, ibu tunggal berusia 23 tahun itu memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya sekitar jam 10 pagi (10 Oktober 14).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamarudin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian.

Tambahnya, wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah.

Katanya, adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.

"Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah dengan tangan kiri terputus.

"Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka," katanya, semalam.

Ibu Tunggal Potong Tangan Guna 3 Pisau

Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa saudara mangsa.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaan jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk berjumpa pakar perubatan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitapotongtangangunatigapisau/Article/index_html