-->

April 18, 2018

Bantuan KWAPM Dikurangkan 50%, Bantuan Kepada Murid Miskin Tegar Dihentikan..

Oleh : ZF Zamir

Awal minggu hari tu masa misi menyelamat adik Adawiyah (bukan nama sebenar) aku perasan dia tak pakai stokin.

Bila tanya kenapa, dia jawab lama dah tak ada stokin. Paling power esoknya Cikgu Fikri Zainuri hantar gambar ni kat aku. Cikgu Fikri dah belikan dia 3 stokin dengan harga RM14. Maceh Cikgu Fikri.



Dia simpan 2 stokin, stokin ke-3 tu dia akan bagi ke abang dia pula sebab dia kata abang dia pun tak ada stokin.

Sebenarnya kalau kita rajin turun ke sekolah kita akan nampak ni semua. Ada cerita tentang adik beradik yang kongsi makanan RMT. Ya satu pinggan RMT bahagi 2 orang makan. Ada cerita tentang anak-anak yang datang ke sekolah tak bawa duit belanja dan hanya lihat kawan makan je.

Di sekolah, bantuan untuk anak-anak miskin tak banyak. Paling femes adalah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), dan kemudian ada Baitulmal dan Zakat serta tak dilupakan bantuan awal persekolahan RM100 untuk semua orang.




Tapi ramai yang tak tahu, dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2018 mengenai Bantuan KWAPM menyatakan;

“Bermula pada 2017, Bantuan Am Persekolah (BAP) dikurangkan 50% daripada kadar sedia ada manakala Bantuan Bulanan (BB) yang diberikan kepada murid kategori miskin tegar daripada eKasih & Data Murid Orang Asli (DMOA) dihentikan,”

Bayangkan, bantuan kewangan kepada anak miskin ni dah setahun lebih dihentikan rupanya.

Waktu dapat tahu tentang pekeliling ini dua bulan lepas aku rasa marah juga. Sebab ini bantuan kewangan untuk anak-anak miskin.

Takkanlah negara kita ni teruk sangat sampai bantuan untuk orang miskin pun kena potong?

Kemudian setelah kaji apa latar belakang KWAMP ni baru aku faham. KWAPM ni kutip duit dari korporat. Ini bermakna kalau korporat bagi wang sikit, bantuan yang disalurkan pun kena potong lah.

Tapi aku tetap rasa walau apa pun yang berlaku, kita tak boleh hentikan bantuan kepada anak-anak miskin. Walau perang sekalipun.

Tahun 2012 dulu Bantuan Am Persekolahan berjumlah RM200 untuk Sekolah Rendah dan RM300 untuk Sekolah Menengah diberi setahun sekali.

Tahun 2017 dia tinggal RM100 untuk Sekolah Rendah & RM200 untuk Sekolah Menengah.

Tahun 2012 dulu Bantuan Bulanan berjumlah RM250 untuk Miskin & RM500 untuk Miskin Tegar untuk anak-anak Sekolah Rendah untuk 10 bulan.

Tahun 2017 dia jadi 0.

xxx

Sekarang ni dalam kapasiti peribadi aku sedang urus 20 anak di 2 sekolah yang berbeza dengan bantuan RM50 sebulan dengan bantuan kewangan dari individu yang dirahsiakan. Program ni kami target berjalan untuk setahun.

Satu sekolah di Wangsa Maju dan satu lagi sekolah di kawasan Pudu. Dua-dua sekolah di kawasan kejiranan flat PPR.

Dan kami sedang fikir untuk kembangkan projek ni dalam masa terdekat.

Masa awal kami gerakkan projek ni bulan lepas kami fokus mahu beri bantuan supaya anak-anak miskin ni juga punya akses kepada makanan berkhasiat.

Selain membantu meringankan beban keluarga yang dah dihentikan bantuan KWAMP ni, sebenarnya kita juga berpeluang untuk akses kepada data sebenar anak-anak yang memerlukan.

Sebab sebenarnya kita masih belum faham apakah maknanya ‘Miskin Bandar’ dan kenapa - bantuan-bantuan untuk mereka dihentikan.

Siapa yang nak join gerakan ni sebagai penyumbang atau volunteer boleh PM tepi.

Terima kasih.