-->

April 18, 2018

Kami Dah Kena, Kami Dah Kena, Duit Kami Pun Hilang Dalam Maybank.. Tapi Rupanya Astro Yang Ambil..

Baca laporan pertama disini : Pelanggan Maybank Mengamuk, Wang Asyik Hilang Dalam Akaun..

Rentetan laporan pertama kami sebelum ini, seorang lagi individu tampil membuat pengakuan wangnya di dalam akaun Maybank juga hilang.

Sue Samat berkata wangnya hilang sebanyak rm84.00 pada 17 April 2018 selepas semakan baki dibuat.

"Kami dah Kena!!! Kami dah kena!!!! 

2,3 hari dok tengok orang viral. Hari ini kena kat diri sendiri. Tak sedap hati. Tue yang pi nak tekan semua bawak keluaq. Selalu tak pernah tinggai tapi bulan nie pi tinggai. Nasib semalam dah bawak keluaq sikit. Hari ini tak sedap hati. Pi la nak bawak keluaq semua tapi sungguh la hampa. 

Walau sikit amaunnya, tapi besaq bagi kami wey. Buta-buta kena telan. Tak sabaq tunggu esok nak pi tanya. Ampa kalau ada duit dalam bank tue, p check tengok. 

Kot ampa pulak kena lepas nie.. 

Withdrawal 15/4/2018, 16/4/2018, dan 17/4/2018. Ampa tengok na. Kami kehilangan rm84 ringgit 😭😭😭😭😭😭... Ampa rasa la dah tak selamat dah walau dalam bank," katanya dalam satu kenyataan.

Sue juga menjelaskan aduan akan dibuat esok (hari ini 18 April 2018) bagi mendapatkan kepastian punca kehilangan wang tersebut.


Bagaimanapun apa yang berlaku, rupa-rupanya wang itu diambil oleh Astro!

"Pertama sekali saya, Sue Samat memohon maaf atas viral saya semalam. Tengah marah $ disebabkan terpinga-pinga mana arah tuju duit saya dipotong. Saya orang tak berada. Tue terkejut.

Then terus up dalam status untuk ingatkan kawan-kawan saja. Saya tak sangka viral dapat sambutan sampai 12k. Tak pernah saya sangka. Saya dah pi mintak statement di bank MAYBANK $ saya nak mohon maaf kepada pihak Maybank.

Sebenarnya ada pemotongan account untuk Astro yang saya pun tak tau sebab saya punya bil 11/5/2018 nanti.

Saya pun tak sangka depa boleh deret potong sebelom dalam tue, sebabnya saya pun 1st time terkena macam nie.

Lepas nie sape yang ada nak kondem ka apa. Saya tak kisah, cuma saya berhati-hati saja...Lepas nie saya akan pi settle dengan Astro pula. Maaf dari pihak saya," jelasnya lanjut.

Rata-rata netizens memahami tindakan Sue Samat dan beranggapan apa yang didedahkan oleh Sue itu boleh jadi satu 'wake up call' buat pelanggan bank yang mana mungkin selama ini kehilangan wang secara tiba-tiba di dalam akaun bank masing-masing adalah kerana diambil oleh pihak tertentu tanpa disedari oleh tuan punya badan.

Untuk itu, netizens menyeru agar semua pihak memeriksa statement bank untuk memastikan aliran wang keluar masuk bagi mencari pihak yang bertanggungjawab mencuri wang pelanggan secara senyap selama ini. - SoZPress.