Anis, seorang pengguna Twitter berkicau pada Ahad mendakwa salah seorang saudara perempuan terdekatnya menjadi mangsa apabila terdapat cubaan menutup kes siasatan yang membabitkan seorang pengawal keselamatan yang menyerang dan cuba merogol mahasiswa di hostel Universiti Malaysia Sarawak (UMS selepas ini).
Menurut Anis dalam kicauan itu, beliau berkata ahli keluarganya itu dibelasah dan hampir dirogol dalam hostel pada bulan Julai dan suspek ialah seorang kakitangan UMS, berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.
Anis juga berkata, siasatan kes itu cuba ditutup dengan bantuan dari pihak dalam UMS itu sendiri.
Hampir dirogol oleh pengawal
keselamatan..
Mangsa trauma dan kini tertekan..
Suspek didakwa mempunyai dua anak..
Rupanya ada orang dalam..
Kami sebagai ahli keluarga mangsa tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku..
Di media sosial, terdapat kumpulan penyokong yang melancarkan solidariti bagi mendesak siasatan telus dilakukan terhadap kes tersebut.
"[SOLIDARITI BUAT MANGSA ROGOL UMS]
Demokrat UKM mengutuk sekeras-kerasnya insiden yang melanda salah seorang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah yang telah cuba dirogol oleh staf unit keselamatan di dalam kampus.
Lebih mengecewakan lagi, isu ini dikatakan telah cuba disembunyikan dan diselindungi dengan alasan untuk menjaga nama baik Universiti. Kami menggesa supaya pihak tertuduh diberikan pembalasan yang setimpal serta mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya rentetan daripada isu ini.
Mahasiswa tidak akan sesekali berdiam dengan perkara yang biadap seperti ini! Mohon rakan-rakan panjangkan sokongan dan solidariti buat mangsa tersebut. Kita doakan semoga keadilan ditegakkan buat mangsa.
Solidariti dan setiakawan dari Komrad Demokrat," tulis halaman Demokrat UKM.
Setakat ini belum lagi terdapat apa-apa respon dari pihak Kementerian Pendidikan berhubung isu yang menjadi kontroversi di Twitter sejak ahad itu. - SoZPress.