Oleh : Berita Harian
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) mungkin terpaksa memberhentikan sementara program kebajikan dan bantuan perubatan kepada semua bekas atlet negara mulai Rabu ini susulan kehabisan dana.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, YAKEB juga akan menghentikan pengeluaran Surat Jaminan (GL) kepada mana-mana bekas atlet yang ingin menjalani pembedahan dan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta.
Menurutnya, pihaknya terpaksa berbuat demikian selepas dana RM3 juta yang disalurkan kerajaan kepada YAKEB sudah dibelanjakan untuk membantu lebih 2,400 bekas atlet kebangsaan yang memerlukan bantuan kewangan dan perubatan, sebelum ini.
"Dana yang tinggal hanya boleh membayar hutang bil rawatan dan pembedahan bekas atlet di hospital sebelum ini sahaja," katanya.
Mengulas lanjut, Noorul berkata YAKEB memerlukan dana sekurang-kurangnya RM3 juta setahun untuk memberikan bantuan kewangan dan membantu lebih 2,400 bekas atlet negara, membayar kos rawatan, bil perubatan dan pembedahan setiap tahun dengan had maksimum RM20,000 seorang.
Bekas Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) itu menjelaskan YAKEB kini masih menunggu peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan bantuan swasta bagi membolehkan mereka meneruskan aktiviti menjaga kebajikan atlet Malaysia seperti biasa.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pernah mengarahkan timbalannya, Steven Sim untuk mengadakan perbincangan dengan YAKEB bagi menyelesaikan masalah terbabit.
Terdahulu, Noorul mengesahkan YAKEB sedia membayar perbelanjaan dan bil perubatan bekas atlet berbasikal negara, Ishak Alwi yang selamat menjalani pembedahan memotong sebahagian kaki kanan akibat penyakit diabetes di sebuah hospital di sini, kelmarin.
"YAKEB juga akan menziarahi Ishak di Hospital Ampang bagi memberikan sedikit sumbangan dan mendapatkan butiran lanjut mengenai jumlah bayaran perlu dibayar kepada hospital terbabit," katanya.