SELEPAS 10 tahun hidup menderita kesakitan akibat penyakit buah pinggang kronik, Yuuni, 40, menemui sinar baru dalam hidupnya apabila mengenali ganja sebagai penahan sakit.
“Saya biasa alami lumpuh anggota badan secara tiba-tiba dan terus tidak boleh berjalan, selain itu saya juga mengalami diabetes kronik, kadang-kala sampai tiada bacaan paras gula,” katanya.
Kemuncak “penyeksaan” yang dialami adalah apabila doktor mengesyorkannya untuk menjalani rawatan dialisis pada usia 29 tahun.
Ketika itu fungsi buah pinggangnya berada pada kadar 4% dan Yuuni juga terpaksa menjalani pemulihan fisioterapi untuk membantunya berjalan.
“Bermula dari situ saya dan suami mula buat kajian alternatif melalui Google dan jumpa ganja, pada waktu itu pilihan yang ada sama ada dialisis atau ganja dan kami putuskan untuk cuba ambil ganja.
“Pertama kali guna saya terus tidur lena sebab sudah lama tidak tidur lena, badan tak sakit lagi sebaliknya rasa lega… apabila bangun tidur rasa lapar, dan saya ambil lagi ganja untuk kali kedua dan tidur.
“Keesokannya saya bangun dan saya terus boleh berjalan… bila kesakitan itu berhenti saya putuskan untuk teruskan lagi ambil ganja,” katanya, yang masih bergantung kepada bahan tersebut untuk menahan sakit.
Sejak mula mengenali ganja sejak 2008, Yuuni berkata beliau berasa kesihatannya bertambah positif lalu memutuskan untuk mengguna ganja 100% untuk penyembuhan.
Yuuni adalah salah seorang daripada lebih 800 individu yang mendapatkan bahan ganja daripada Muhammad Lukman Mohamad untuk tujuan perubatan.Sesetengah pesakit mengambil dua atau tiga titik minyak ganja setiap dua atau tiga kali sehari untuk merawat penyakit mereka, kata Yuuni.
Muhammad, 29, dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 30 Ogos lalu kerana kesalahan memiliki, memproses, dan mengedar dadah jenis ganja yang diolah dalam bentuk cecair.
Yuuni, yang kini bekerja sebagai peniaga makanan berkata, Lukman merupakan pembekal minyak ganja untuknya sejak 2010.
“Dia bagi minyak percuma pada saya setiap bulan sebab dia tahu saya sakit, minyak itu saya gunakan sebagai makanan tambahan,” katanya, menambah bahan tersebut dijual pada harga RM35 untuk 150ml.
Sesetengah pesakit mengambil dua atau tiga titik minyak ganja setiap dua atau tiga kali sehari untuk merawat penyakit mereka, kata Yuuni.
“Saya percaya ramai macam saya dalam kesakitan dan mencari penyembuhan. Mereka ini sanggup buat apa saja, kerana kalau tidak mereka mati,” katanya.
Beliau menganggap individu seperti Lukhman sebagai aktivis berjiwa besar yang sanggup menggadai nyawa untuk membantu orang lain merawat kesakitan.
Menurutnya, bahan yang disediakan Lukhman itu membantu pesakit dan pengguna yang tidak berani menanggung risiko melanggar undang-undang memproses dan mengedar bahan tersebut.
Namun beliau tidak mahu lebih ramai individu menerima nasib sama seperti Lukhman kerana ganja yang dihasilkan itu mengubah hidupnya menjadi lebih baik.
“Hari ini saya boleh tanggung hidup sendiri, saya boleh berniaga. Saya nak tahu macam mana ganja memusnahkan hidup kerana bagi saya ganja menyelamatkan nyawa saya,” katanya.
Kerajaan bagaimanapun menegaskan minyak kanabis tersebut hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan bukan sebagai ubat alternatif.
Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah pada minggu lalu dilaporkan berkata, kementerian itu masih belum menemui bukti bahawa bahan ganja boleh digunakan sebagai ubat.
Sumber : The Malaysian Insight.
“Saya biasa alami lumpuh anggota badan secara tiba-tiba dan terus tidak boleh berjalan, selain itu saya juga mengalami diabetes kronik, kadang-kala sampai tiada bacaan paras gula,” katanya.
Kemuncak “penyeksaan” yang dialami adalah apabila doktor mengesyorkannya untuk menjalani rawatan dialisis pada usia 29 tahun.
Gambar Hiasan - Ihsan Google |