BAGUSKAH TABUNG HAJI DISELIA BNM?
Saya berpandangan agar kita tidak terlalu berlebihan berpolitik dalam hal Tabung Haji (TH) ini kerana institusi TH ini menuntut tadbir urus yang professional lagi kemas melangkaui kepentingan politik kepartian. Ia adalah untuk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi role model di peringkat antarabangsa.
Meletakkannya di bawah pemantauan BNM dan seliaannya tidak sama sekali patut dilihat negatif apatah lagi dari mengaitkan dengan sentimen perkauman dan agama atau kononnya untuk melemahkan TH, bahkan sebenarnya ia adalah untuk meningkatkan daya saing, integriti dan ketelusan dan menguatkannya.
BNM sudah lama berfungsi dan berpengalaman meregulasi, memantau dan memastikan keutuhan sesebuah institusi kewangan yang beroperasi di Malaysia itu mengamalkan tadbir urus dan perakaunan yang memenuhi syarat, malah pemilihan CEO dan Lembaga pengarah setiap bank juga perlu lulus tapisan kelayakan oleh BNM.
Justeru BNM sangat berpengalaman dan pakar sejak sekian lama menjaga seluruh institusi kewangan iaitu bank, insuran dan takaful.
Sangat banyak syarat-syarat yang ketat tapi perlu contohnya seperti memastikan banking institutions untuk ‘maintain high-quality loss-absorbing capital’ yang terdiri dari Common Equity Tier 1 (CET1), which comprises paid-up capital, retained earnings and disclosed reserves, iaitu mesti mencecah 7% dari keseluruhan banking institution’s risk-weighted assets, iaitu peningkatan berbanding 2% sebelumnya. Ia semua penting bagi menjaga kelangsungan sesebuah bank.
Berdasarkan kenyataan wakil TH, bukanlah TH diletakkan keseluruhannya di bawah BNM sebagaimana bank-bank komersial tetapi hanya untuk sebahagian aspek penting serta BNM diyakini sangat berpengalaman dan pakar iaitu Governance & Financial Audit. Audit BNM ini kelak mungkin bakal merangkumi:
1. Fair, responsible and professional business conduct
2. Prudential policy, risk management and supervision
3. Tools for crisis management and prevention
4. Financial safety nets
5. Orderly financial markets
6. Shariah Compliance
Justeru itu, tidak perlu risau sama sekali akan campur tangan non-muslim ke atas TH kerana BNM bekerja dengan profesional berdasar Central Bank Act 2009 serta sudah seakan mempunyai autonomi dari MOF dalam melaksanakan tugasnya serta melangkaui politik kepartian. BNM turut sendiri punyai Majlis Penasihat Shariah. TH pula sebagaimana dalam akta Tabung Haji tidak terikat dengan BNM seperti bank-bank komersial.
Lembaga Pengarah TH adalah pihak yang mesti menentukan hala tuju dan strategi terbaru TH, mereka semua beragama Islam, merekalah juga yang mempunyai kuasa menentukan pelaksanaan bersama pengurusan kanan TH yang lain, bukannya BNM yang hanya bertindak sebagai auditor bagi sebahagian bidang yang diserahkan oleh TH.
Justeru, muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila TH diletakan bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin:
a. tiada atau sekurang-kurangkan minima salah tadbir urus berlaku di TH pada masa akan datang, khususnya yang melibatkan kepentingan politik kepartian,
b. sebarang perubahan polisi-polisi tertentu yang menyalahi amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yang betul akan cepat dapat dikenalpasti.
c. pengurusan risiko yang kemas lagi ketat bagi menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH dari melabur ke tempat tinggi risiko, sebelum ini mungkin telah dikompromikan dengan arahan ‘orang politik’.
Kesimpulannya, adalah bagus TH diletak di bawah kawal selia BNM yang professional dan juga ketat bagi aspek audit & governance. Menurut sumber berautoriti saya saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung YAB PM dan Menteri Agama dan bukannya BNM atau MOF.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
Adj. Professor Faculty Business & Accountancy, UNISEL
12 Dis 2018