-->

April 11, 2019

"Kami Jamu Selera Dan Bukannya Jamu Jin". #Pray4Acap.

Sebaran fitnah dan maklumat palsu dalam insiden kehilangan Acap berterusan meskipun PDRM telah menasihati semua pihak untuk menghentikan hebahan maklumat tidak benar supaya tidak menggangu siasatan yang sedang berjalan.

Gambar - Shah Sunan Al Bugis
Bagaimanapun netizens bukan sahaja enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PDRM itu bahkan seperti berlumba-lumba pula menyebarkan maklumat palsu bagi mengulas kejadian tersebut.

Disebabkan terlalu banyak maklumat palsu yang tersebar, beberapa pihak lain menjadi mangsa samada terpengaruh dengan sebaran fitnah ataupun menyertai sekali menyebarkan fitnah tanpa sengaja. 

Terbaru, salah seorang netizen yang dikenali sebagai Shah Sunan Al Bugis mendakwa telah difitnah oleh beberapa pihak yang mendakwa lelaki itu telah menjamu jin - melakukan ritual pelik. 

Katanya apa yang disebarkan menerusi beberapa blog dan portal Siakap Keli adalah tidak benar sama sekali.

Ini merujuk kepada satu gambar ketika lelaki itu dan beberapa orang yang lain dilihat sedang makan di atas daun pisang.

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Merujuk kepada artikel FB yg telah disebarkan oleh #SiakapKeli, dan beberapa blog yang lain bersumberkan dari FB Danny Leng 

Dipohon pihak tuan perjelaskan dengan sedikit mendalam atau memberi kenyataan hubungkait gambar yang tuan muat turun bagi menyokong artikel tuan tersebut. Dilihat gambar yang sedang menjamah makan malam atas daun pisang berlaukkan mayong asam pedas dan sambal belacan tu telah disalah tafsir oleh segelintir individu cetek ilmu yang mengatakan itu adalah sebahagian daripada ritual. Mana mau nyee nak jamu jin dengan lauk ghoper tu yob...mewah bebeno ajer handei miker nulisnyeee yerr..

Tuan juga turut serta dalam gambar tersebut. Seolah-olah telah jatuh fitnah oleh masyarakat yang membaca artikel ini dan jika benar ia tidak sama seperti tajuk dan gambar yang tuan keluarkan, kenyataan tuan ini boleh jatuh dalam kategori Fitnah - Kanun Keseksaan - Akta Fitnah 1957 dan laporan boleh dibuat terus kepada CMCF untuk siasatan lanjut. 




Supaya perkara ini tidak diperpanjangkan untuk dimuktamadkan ke peringkat Undang-undang, dipohon tuan membuat satu kenyataan "maaf" secara terbuka didalam FB tuan terhadap semua yang ada dalam gambar yang telah tuan keluarkan artikel seperti di atas tersebut. Tempoh 24 jam akan diberikan jika tiada maklumat lanjut, laporan kepada pihak berkuasa akan dilakukan dan saya dahului ucapan terima kasih atas kerjasama yang akan diberikan.

Akhir kata perbuatan menjamu jin memang salah disisi agama tetapi perbuatan menjamu selera...itu takper. Lagi satu nak petik gambor-gambor orang lain tu, cubo-coba ler minta izin dulu, jangan main sembrono ikut tekak sendiri jer tuan.

Wassalam," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan kenyataan itu, Shah Sunan menafikan kumpulan mereka telah melakukan ritual pelik dan menjamu jin sebaliknya mereka hanya menjamu selera mengisi perut yang kelaparan sahaja. - 11 April 2019.