Oleh : Amirul Amzar
APA KATA IBNU SINA?
Kalau anda menonton debat pakar kanak-kanak dan doktor freelance tempoh hari, anda akan perasan Dato Dr Musa ada menyebut satu dari prinsip tinggalan Ibnu Sina adalah “reproducibility”. Saya tertarik dengan hujah ini, maka saya cari dan baca prinsip itu.
7 prinsip yang digariskan Ibnu Sina dalam kajian keberkesanan sesuatu rawatan:
1. Ubat yang digunakan itu mestilah tulin, tidak dicampur dengan mana-mana bahan lain. Ini kerana dikhuatiri jika ia berkesan, tidak dapat dipastikan keberkesanan itu dari bahan yang diuji atau bahan lain (confounders)
2. Ubat yang hendak diuji dikhususkan untuk satu jenis penyakit sahaja. Jika pesakit yang diuji ada penyakit lain dan sedang mengambil ubat lain, jika rawatan yang diuji itu memberi kesan sama ada baik atau tidak, kita tidak pasti sama ada kesan itu dari ubat yang diuji atau interaksi antara ubat dan penyakit lain itu. (inclusion and exclusion criteria)
3. Ubat yang diuji perlu lah diuji secara berperingkat bagi menentukan dos yang sesuai (dose titration, phase 1 and phase 2 clinical trial to ascertain therapeutic and adverse effect)
4. Perlunya wujud pemantauan jangka masa panjang terhadap kesan sesuatu ubat (post marketing surveillance)
5. Ubat yang diuji perlu diuji juga pada kumpulan pesakit yang mempunyai jenis sakit yang berlawanan. Sekiranya ia masih berkesan pada sakit yang berlawanan, ubat itu sebenarnya tidak berkesan untuk penyakit yang diuji (control group)
6. Sekiranya ubat itu diuji berkali-kali untuk penyakit yang sama, ia haruslah memberi kesan yang sama (reproducibility)
7. Untuk memahami kesan dan keberkesanan sesuatu ubat, ia perlu diuji pada manusia (human trial is superior than animal study)
Ini adalah terjemahan dari panduan yang diberikan oleh Ibnu Sina dalam prinsip kajian sesuatu rawatan.
Tahukah anda, kajian klinikal moden menggunakan asas ini juga? Yang saya tulis dalam Bahasa Inggeris selepas setiap prinsip itu adalah prinsip yang digunakan saintis moden dalam menjalankan kajian terhadap sesuatu rawatan.
Ada doktor yang sesuka hati mengatakan aluminium boleh masuk ke dalam otak manusia berdasarkan satu kajian. Walhal kajian itu adalah pada tikus dan tiada control group.
Doktor yang sama baru-baru ini mengatakan vitamin C boleh digunakan untuk merawat pertussis dan diphtheria. Kalau ini benar, sudah pasti ada banyak artikel jurnal menyokong hujah ini. Ini merujuk kepada konsep reproducibility.
Doktor sama juga mempersoalkan keselamatan vaksin walhal sebelum sesuatu vaksin itu digunakan, ia sudah menjalani sekurang-kurangnya 10 tahun kajian dengan 4 fasa! Dan kesemua fasa kajian ini menggunakan asas prinsip yang dibawa Ibnu Sina.
Saranan saya pada doktor tersebut. Carilah semula profesionalisma dan adab ilmu yang telah hilang.
Sumber rujukan : Ibn Sina and the Clinical Trial. MM Sajadi, D Mansouri, MRM Sajadi. Annals of Internal Medicine. 2009;150:640-643