-->

Mei 08, 2019

Sokong Larangan Tutup Kedai Makan Waktu Terawikh, Menantu Tuan Guru Dicop Penunggang Agama.

SOSMED | Ustaz Zaharuddin Muhammad menyokong arahan Kelantan yang mahu semua jenis kedai makan melayu ditutup dari jam 8.30 malam hingga 10 malam bagi mengimarahkan masjid dan bersama-sama dalam menunaikan solat sunat terawikh.

Ini katanya, adalah sesuatu yang baik dan bertepatan dengan ruh perlaksanaan syariat di zaman nabi dan sahabat.

Ustaz Zaharuddin turut menjelaskan tindakan menangguhkan perniagaan itu sama sekali tidak bercanggahan dengan adat Rasullulah dan sabahat. 

"Perlaksanaan di Kelantan untuk menangguhkan perniagaan dari jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan adat Rasulullah, sahabat dan sepanjang pemerintahan Islam di zaman khalifah justeru ia mengandungi waktu solat Isya sekitar 8.30 – 9.00 malam.

Dari segi kesan positif perniagaan, ia memberikan kelegaan kepada peniaga-peniaga yang ingin melaksanaan solat isya dan terawikh berjemaah di masjid. Mereka sebelum ini serba salah antara ingin solat terawikh di masjid maka terpaksa tinggalkan premis atau meneruskan perniagaan maka terpaksa tingalkan terawikh berjemaah di masjid,"
jelasnya.


Bagaimanapun kenyataan Ustaz Zaharuddin itu menimbulkan pertelingkahan di sosial media, apabila majoriti netizens menyatakan bantahan di ruangan komen atas hantarannya itu.

Penunggang agama!


Solat fardhu dan sunat sama ke?

Lebih sokong Ustaz Nik Abduh..


Untuk rekod, sebelum ini kem Ustaz Zaharuddin dianggap sebagai dalang utama dalam membocorkan audio yang memetik percakapan Ustaz Nik Abduh 'PAS boleh terima wang UMNO'.

Susulan penyebaran rakaman itu, Ustaz Nik Abduh dan PAS menerima kecaman dan impak teruk dari pelbagai pihak sehingga dianggap memakan wang rasuah (dibayangkan terima wang UMNO untuk menutup kemungkaran dan bersubahat) dan wang hasil 1MDB.

Justeru itu melihatkan kepada respon segera Ustaz Zaharuddin terhadap pandangan Ustaz Nik Abduh, pelbagai spekulasi dibayangkan oleh netizens. 

Ini penjelasan penuh Ustaz Zaharuddin.

MENJAWAB KRITIKAN USTAZ NIK ABDUH TENTANG PERLAKSANAAN TANGGUH PERNIAGAAN WAKTU ISYA DI KELANTAN.

1. Dari segi ruh perlaksanaan.

Perlaksanaan menutup premis perniagaan sementara waktu dari jam 8 30 malam – 10 00 malam adalah sesuatu yang baik dan bertepatan dengan ruh perlaksanaan syariat di zaman nabi dan sahabat R.A. Ketika menafsirkan surah An-Nur ayat 37, Ibnu abbas berkata: “mereka-mereka itu adalah orang-orang yang mencari kelebihan dan redha Allah swt, mereka melakukan transaksi jual dan beli. Apabila mereka mendengar azan, mereka melepaskan apa yang ada di tangan mereka dan mereka terus menuju ke masjid dan bersolat. Ayat surah An-Nur berbunyi:
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat - An-Nur: 37.

Perniagaan dihentikan waktu solat selepas itu bukan sahaja dilakukan secara sukarela individu (sebagaimana peringkat awal), bahkan ianya adalah sesuatu yang sabit gesaan penangguhannya perniagaan di zaman Rasulullah dan diikuti oleh para Khulafa Ar-Raasyidun R.A. Perlaksanaan di Mekah pada hari ini bukan inisiatif keluarga As-Saud atau kerajaan Saudi, tetapi ia adalah adat turun temurun sejak daripada zaman Rasulullah saw.

Perlaksanaan di Kelantan untuk menangguhkan perniagaan dari jam 8 30 malam sehingga 10 00 malam adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan adat Rasulullah, sahabat dan sepanjang pemerintahan Islam di zaman khalifah justeru ia mengandungi waktu solat Isya sekitar 8 30 – 9 00 malam.
Dari segi kesan positif perniagaan, ia memberikan kelegaan kepada peniaga-peniaga yang ingin melaksanaan solat isya dan terawikh berjemaah di masjid. Mereka sebelum ini serba salah antara ingin solat terawikh di masjid maka terpaksa tinggalkan premis atau meneruskan perniagaan maka terpaksa tingalkan terawikh berjemaah di masjid.

2. Melegakan mereka yang mementingkan ibadat sama ada mereka peniaga atau pembeli.

Dengan keputusan kerajaan Kelantan ini, semua mereka mempunyai keselarasan masa, solat beramai-ramai dahulu kemudian mula berniaga bagi peniaga dan mula membeli bagi pembeli. Yang berniaga tak terkejar ke premis takut terlepas pelanggan dan pembeli pula tak terkejar ke kedai-kedai takut tak sempat membeli.

3. Hadis yang digunakan sebagai hujah membangkang perlaksanaan kerajaan Kelantan.

Dari segi hadis yang dinukilkan oleh YB Ustaz Nik Abduh tersebut, ia menyokong perlaksanaan kerajaan Kelantan berbanding cadangan YB Ustaz Nik Abduh supaya ia ditarikh balik.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Maajah sebagaimana ditafsirkan di dalam kitab Mirqaat Al-Mafaatih bahawa maksud diharamkan itu ialah diharamkan daripada daripada bertemu dengan malam lailatul qadar. Di dalam syarah tersebut menyebut: “(1 malam Lailatul Qadar) adalah malam yang tidak jelas (jatuh malam ke berapa) daripada malam-malam Ramadhan. Maka hendaklah kamu dirikan ibadat (qiam) pada semua malamnya (bukan secara bercerap dan berpilih) dengan harapan salah satu ibadatnya bertepatan dengan malam Lailatul Qadar (yang hanya berlaku 1 malam tetapi kebaikannya adalah menyeluruh). Lafaz hadis menyebut: “Barangsiapa yang diharamkan (bertemu malam lailatul qadar)” adalah bermaksud diharamkan bertemu kebaikan Lailatul Qadar, berbetulan ibadat dengan malam tersebut serta terhalang untuk melakukan Qiamullail pada malamnya, maka ia terhalang daripada kebaikan keseluruhannya. - (Hasyiah Mirqaat Al-Mafaatih).

Jadi maksud haram di situ bukan kerajaan mengharamkan orang berniaga, tetapi haram di di dalam hadis tersebut memaksudkan dengan makna terhalang atau dihalang oleh Allah swt seperti tertidur, tersibuk dengan perniagaan, datang urgency yang lain menyebabkan tidak boleh bersolat dan berqiamullail dan seumpamanya. Ini maksud diharamkan di dalam hadis tersebut.

Maksud kebaikan di dalam hadis itu pula ialah kebaikan malam lailatul qadar, bukan kebaikan keuntungan perniagan yang halal tanpa menafikan keuntungan perniagaan adalah kebaikan, tetapi ia bukan maksud hadis tersebut. Bahkan tanpa dinafikan, Bersama isteri juaga adalah kebaikan, tetapi kebaikan ini ditinggalkan oleh Nabi dan para sahabat apabila tiba 10 akhir bulan Ramadhan.

Jadi kesimpulannya, tindakan kerajaan Kelantan itu lebih menepati hadis yang dibaca oleh YB Nik Abduh berbanding hujah sebaliknya. - 8 Mei 2019.