SOSMED | Arahan penutupan kedai makan melayu di Kelantan terus menerima kecaman pelbagai pihak.
Arahan penutupan itu pada awalnya tular pada malam 1 Ramadhan, ketika umat Islam menunaikan terawikh kali kedua.
Arahan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan dan menerima reaksi yang pelbagai.
Meskipun ada yang menyokong dan tidak menyokong, namun berdasarkan tinjauan di sosmed, lebih ramai yang tidak menyokong arahan penutupan itu.
Antara alasan yang diberikan ialah;
👉 Arahan dibuat tanpa melibatkan pandangan dan suara peniaga
👉 Kenapa hanya sasarkan kedai makan melayu
👉 Bulan Ramadhan kedai makan melayu terpaksa bersaing dengan bazar ramadhan, apakah tindakan ini adil?
👉 Terawikh hanyalah solat sunat, arahan itu membayangkan ia perkara wajib.
👉 Pemaksaan dan tekanan ke atas umat Islam
👉 PAS Kelantan adalah Taliban, di Terengganu tiada arahan yang sama dikeluarkan.
👉 Terawikh tak semestinya dibuat secara berjemaah atau pada masa itu juga.
👉 Kat Mekah, kedai pun tak tutup, adakah PAS cuba paksa orang Islam untuk akur pemikiran Islam versi PAS?
👉 Ini baru terawikh, silap-silap hudud pun PAS akan salahguna dan tindas orang lain jika perkara itu menjadi undang-undang suatu masa kelak.
Bagi yang menyokong mereka menyifatkan arahan itu sebagai;
👉 Terawikh adalah sunat yang dituntut, maka tindakan kerajaan adalah bagus.
👉 Hanya tutup tak sampai dua jam, rezeki Allah yang bagi.
👉 Ramadhan setahun sekali, jangan gila nak mencari duit.
👉 Hak pekerja yang mahu menunaikan terawikh perlu dipertahankan.
👉 Mengimarahkan masjid dan surau, bukanlah perkara jahat.
👉 Apa salahnya bersolat terawikh jemaah dengan ahli keluarga kat masjid, ini merapatkan hubungan kekeluargaan.
👉 Kerajaan nak bagi galakan kejar pahala berlipat ganda, tak akan itupun nak marah.
Menurut Nik Abduh, arahan itu menganggu keberkatan dan kebenaran bulan Ramadhan. Ia sepatutnya ditarikbalik. Kerana tidak mencerminkan apa yang Islam anjurkan.
"Saya ditunjukkan surat arahan ini selepas solat Tarawih tadi. Selepas sahkan kebenarannya, saya dengan ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik.
Ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadhan yang penuh berkat. Rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadhan wajar digalakkan, bukan dihalang.
Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah al Rasul صلى الله عليه وسلم.
"Barang siapa yang diharamkan oleh Allah dengan keberkatan dan kelebihan di bulan Ramadhan, maka sesungguhnya dia telah diharamkan daripada segala kebaikan." - Maksud hadis al Rasul," katanya di Facebook pada isnin.
Annuar Musa yang juga mengkritik arahan itu berkata, kerajaan perlu mengkaji semula arahan itu kerana ia mendatangkan masalah buat para peniaga tambahan pula tiada asas yang kukuh.
Kata lagi, malahan di Mekah, tak pernah larangan sedemikian dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.
"Arahan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh SU Kjaan Kelantan supaya semua restoran dan kedai makan di tutup dari jam 8.30-10.00 malam adalah tidak perlu dan patut dikaji semula..
Ia bukan saja menimbulkan kerumitan dan masalah kepada para peniaga tapi ianya juga tidak mempunyai asas yang kukuh..
Ibadat tarawih adalah sunat dan tidak semestinya dilakukan antara pukul 8.30-10.00 malam..
Keperluan mkat untuk makan di sebelah malam pula berbagai bagai mengikut keselesaan masing masing..
Di Makkah dan Madinah pun tidak di tutup restoran atau kedai makan sewaktu jemaah melakukan solat sunat terawih atau Qiamullail
Saya percaya pihak pentadbiran negeri Kelantan bersedia mengkaji semula perkara ini.. Wallahuaklam," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 8 Mei 2019.