-->

Julai 14, 2019

Dikritik Bertubi-Tubi, Ini Jawapan Chef Wan Kepada Najib.

Sosmed | Sungguhpun nama portal tak disebutkan ketika Chef Wan dilaporkan mahu ambil tindakan undang-undang, ramai percaya kenyataan itu ditujukan kepada Sinar Harian.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, Chef Wan mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita yang didakwanya menjadi "batu api" berhubung kenyataannya berkaitan Felda baru-baru ini.

Beliau merujuk sebuah portal yang membuat tinjauan sama ada dia perlu memulangkan Anugerah Tokoh Ikon Felda 2019 yang diterima minggu lalu.

Katanya, beliau telah memberi penjelasan tentang kenyataannya kepada beberapa media.

"Saya akan dapatkan nasihat perundangan untuk menyaman portal itu kerana mengapi-apikan isu ini, walaupun saya sudah jelaskan kebenarannya.

"Sekarang mereka macam batu api pula,"
katanya dalam laporan itu.

Berdasarkan semakan, hanya portal Sinar Harian satu-satunya yang membuat undian online samada Chef Wan perlu pulangkan semula ataupun tidak Anugerah Ikon Felda 2019 yang diterimanya baru-baru ini.

Anugerah itu menjadi polemik berikutan sejurus menerima Anugerah Ikon Felda 2019, Chef Wan melakukan beberapa kritikan terhadap generasi Felda yang dianggap wajar bagi mengubah minda peneroka.

Peneroka perlu berubah..



Kenyataan Chef Wan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa sehingga mendapat perhatian Najib Razak.

Dirasuk syaitan lagi..


Dengan nada menyindir Najib Razak mengibaratkan Chef Wan mungkin akan menggunakan alasan 'dirasuk syaitan' selepas mengkritik generasi FELDA dengan lantang.

Namun Chef Wan tidak berdiam diri. Beliau membalas kritikan Najib Razak dengan mengatakan bekas Perdana Menteri sebenarnya telah tersalah tafsir.


Menurut Chef Wan kenyataan beliau itu hanya merujuk kepada sesetengah generasi FELDA dan bukannya merujuk pada semua FELDA.

Katanya lagi siapa yang mengikuti kenyataannya dari awal boleh memahami apa sebenarnya yang ingin beliau sampaikan.


Chef Wan juga menjelaskan tindakan beliau membuat kritikan juga kerana pernah dimaklumkan oleh bekas menteri dari kerajaan terdahulu mengenai beberapa masalah yang berlaku di Felda membabitkan sikap peneroka.


Chef Wan juga mempersoalkan Najib kenapa beliau dihantar bagi membantu kementerian yang menjaga FELDA suatu ketika dahulu jika beliau seorang manusia yang tak baik?

"Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tak berjaya kenapa hantar saya untuk bantu kementerian dan menteri anda?," soalnya dalam kenyataan itu. 


Untuk rekod, tinjauan online yang dilakukan oleh portal Sinar Harian pada 11 Julai 2019, mengatakan 79% responden bersetuju selebriti itu perlu memulangkan semula Anugerah Ikon FELDA 2019 yang diterimanya dan 21% responden memilih Chef Wan patut menyimpan Anugerah tersebut. - 14 Julai 2019.