-->

September 03, 2019

Facebooker Tampil Minta Maaf Selepas Kantoi Fitnah Econsave.

SOSMED | Salah seorang individu yang dipercayai menfitnah rangkaian pasaraya Econsave telah tampil membuat permohonan maaf.

Individu yang menggunakan nama Mohd Raffe Abdul Hamid berkata beliau mengakui khilaf dalam membuat tuduhan terhadap Econsave pada isnin.


"Semalam pihak Econsave ada buat laporan polis supaya pihak yang menyebarkan fitnah meminta maaf kepada Econsave dalam masa 48 jam.

Merujuk komen saya yang lepas berkenaan dengan produk yang saya maksudkan adalah sejukbeku burger Ramly yang saya cari tiada di Econsave.

Disini saya memohon maaf kerana membuat kenyataan yang produk Ramly tiada di Econsave.

Jika produk Ramly memang ada di Econsave bermakna memang saya tidak perasan dengan kehadiran produk Ramly itu.

Bagi pihak saya akui memang ada lain-lain produk muslim di Econsave. Dengan ini saya menarik balik kata-kata tuduhan itu. Sekian,"
katanya dipetik dari group Penduduk Sungai Petani (PSP).

Semakan di akaun Facebook dan group PSP mendapati tiada post yang terpapar untuk paparan awam.

Sebelum ini BERNAMA melaporkan Econsave telah membuat laporan polis termasuklah SKMM bagi membendung fitnah yang tular ke atas pasaraya itu di sosial media.

Pasaraya itu dilaporkan memboikot pengedaran produk bumiputera kerana tidak mencapai persetujuan bagi pembekalan Jalen.

Poster kempen bagi menyeru orang ramai memboikot Econsave juga tular sejak ahad.

Bagaimanapun semakan mendapati pasaraya itu masih menjual pelbagai produk bumiputera yang lain. Masalah kerjasama dengan Jalen hanya merupakan kegagalan mencapai kata sepakat dengan syarikat tersebut secara khusus bukannya bermakna Econsave memboikot barangan bumiputera seperti yang tersebar.

Dalam perkembangan yang berkaitan, antara akaun Facebook yang dikaitkan dengan penyebaran berita palsu itu adalah penyokong tegar PAS. - 3 September 2019.