SOSMED | Menteri Pendidikan Malaysia Maszlee Malik menyeru orang ramai terutamanya warga pendidik, ibu bapa dan para pelajar untuk menonton filem India bertajuk RAATCHASI bagi mengambil inspirasi dari filem tersebut.
Filem tersebut mengisahkan seorang Guru Besar wanita yang menguruskan sekolah mengikut kaedahnya yang tersendiri bagi memastikan kejayaan anak-anak muridnya dan melindungi mereka dari kejahatan.
Sebagai rekod, Raatchasi adalah filem India berbahasa Tamil yang dilakonkan oleh Jyotika. Ia mula ditayangkan pada 5 Julai 2019 di India dan selepas itu di beberapa buah negara, termasuklah di Malaysia. - 4 September 2019.
Filem tersebut mengisahkan seorang Guru Besar wanita yang menguruskan sekolah mengikut kaedahnya yang tersendiri bagi memastikan kejayaan anak-anak muridnya dan melindungi mereka dari kejahatan.
Teraspirasi dengan jalan cerita filem itu, Maszlee kemudiannya membuat saranan yang orang ramai perlu menonton filem tersebut di akaun media sosialnya.
"Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.
Saya akan tulis artikel mengulas filem ini. Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.
Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.
Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.

Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.
Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.
Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan.
Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.
Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.
Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!," katanya dalam kenyataan itu.

Berdasarkan respon mereka yang telah menonton filem tersebut, mereka bersetuju ia adalah sebuah filem yang bagus dan perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.
Malahan, pengarah filem itu juga turut meletakkan komen penghargaan di Facebook Maszlee kerana mempromosikan filem Raatchasi.