-->

November 20, 2019

Isu Vape, Ini Penjelasan Prof Dr. Sharifa Ezat.

Prof. Dr. Sharifa Ezat | ”Quote saya seolah-olah berat menyokong ke vape. Sebenarnya itu silap. Sebenarnya dalam diskusi saya sangat panjang akan isu-isu bahaya vape yang berkaitan yang sekarang sudah dilihat dan merbahaya ke rakyat. Bagaimana pun kawalan kena ada. Contoh di Uk, e-jus yang dijual tiada diacetyl, bahan yang dilihat sebagai penyebab popcorn lung disease. Vape bukan untuk yang bukan perokok, dan hanya untuk berhenti merokok sahaja, juga mereka sendiri mesti ada motivasi dan kemahuan untuk berhenti menghisap rokok. Di negara UK, untuk berhenti mereka bermula dengan kepekatan jus dos nikotin yang lebih rendah. Jika perokok memang tiada niat untuk berhenti, maka ini sukar. Kita tidak mahu melihat mereka beralih ke dos nikotin dari vape pula. Cuma jika menggunakan vape, masih ada isu keselamatan walaupun tar dan karbon monokside tiada.”



”Kematian 39 kes remaja di US dilapor oleh CDC, dikaitkan dengan THC, kanabis yang dicampur dengan Vitamin E acetate untuk mencairkan THC. Ada juga kajian menyebut dua perasa iaitu cinnamon dan mentol penyebab lebih kesan ke paru-paru berbanding perisa lain. Ini juga kerana tiada kawalan di US setakat ini, malahan termasuk FDA mereka. Cadangan ialah hendak dilaksanakan sekarang.”

”Di UK, vape untuk terapi hanya diguna untuk terapi perokok tegar, umur lebih 21 tahun dan melalui pembekal perubatan, farmasi berdaftar. Ada pemantauan ketat. Sukar untuk dilaksana di Malaysia sekarang. Kajian mereka Pajek et al. di NEJM pada Feb 2019, mereka membandingkan keberkesanan NRT dan e-vape dan hasil sangat mengejutkan. Malangnya ada kelemahan juga dari kajian tersebut.”

”Sekarang pembelian online dan pelabelan produk masih boleh diperkemaskan dan jika tidak sanggup, Malaysia perlu ban sahaja. Pembelian ini menjadi-jadi dengan ghost smoke, pen etc yang diperolehi remaja sesuka hati. Syarikat Apple sudah pun ban penjualan alat-alat vape dari kedai online mereka demi menyahut sahutan kerajaan Amerika. “

”Vape juga dianggap saingan kepada syarikat pengeluar rokok dan mereka juga sudah beralih ke vape sebagai produk mereka membekal nikotin.”

”Di Thailand, vape telah d iban. Malangnya, pembeli mereka bertukar ke pembelian haram di mana pencampuran dengan dadah lain boleh berlaku, jadi ia perlu sekali lagi dikawal ketat dan penguatkuasaan. Pembekal e-jus haram juga berlaku di negara kita, di mana e-jus boleh di campur sesuka hati dengan perisa perisa sendiri, dan ini hendaklah berhenti. Campuran sedemikian sahaja merbahaya, boleh tercemar dengan kuman, fungus dan bahan-bahan asing dan disedut ke paru-paru dan terus merosakkan paru-paru.”

”Pemantauan perokok dan penghisap vape perlu dilakukan untuk melihat kesan negatif yang sedia ada di Malaysia. CPG cara menghadapi penghisap vape dengan simptom paru-paru, hendaklah disediakan supaya registri penyakit penghisap vape negara dapat dipantau.”

”Contoh di UK sangat terpencil, walaupun mereka melihat penurunan perokok disana mungkin adalah perokok telah bertukar ke menghisap vape. Dan melalui terapi vape dan penguatkuasaan.”

”Saya ulang sekali lagi, sukar dilaksana di Malaysia kerana kawalan belum kuat dan penguatkasaan melibatkan banyak aspek, pelabelan, penjualan, pembelian online, promosi tidak benar, pendidikan dan penguatkuasaan kastam. Banyak pihak perlu terlibat.”

”Paling mudah, ban sahaja. Masalahnya kita juga masih ada bilangan perokok tegar yang tinggi yang masih merbahayakan diri mereka dan sekeliling. Jika diban terus, kita berisiko melihat jumlah perokok mungkin kembali meningkat dan mereka beralih ke pembelian vape haram. Penggunaan nikotin replacement therapy (NRT), sedia ada di Malaysia kurang memadai, dan data negara yang melihat keberkesanan jenis jenis NRT secara terperinci juga boleh dipertikaikan. Iaitu mereka yang berhenti merokok selepas penggunaan NRT. Bagaimanapun NRT adalah terapi peralihan Nikotin yang sudah terbukti, diiktiraf FDA US, selamat (walaupun ada kesan samping yang kecil) dan sedia ada di klinik kerajaan percuma dan klinik atau farmasi swasta negara dengan sedikit bayaran.”

”Ini juga dilihat dari hasil rujukan luar, mengenai keberkesanan NRT negara mereka. Kita perlu bersedia dan berhati-hati dalam aspek tersebut.”

18 November 2019.