-->

November 06, 2019

"Kami Yang Tanggung Sengsara, Dr Senanglah Duduk Di Pejabat Selesa," Netizens Tempelak Puisi Undi MAZA..

SOSMED | Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin sekali lagi menjadi sasaran serangan netizens pro pembangkang apabila secara sinisnya mengajak pengundi Tanjung Piai untuk jangan sesekali mengundi parti yang mempunyai pemimpin korup di dalamnya.


"Selagi sesuatu organisasi itu dibayangi oleh pemimpin korupsi, maka tidak wajar diberikan undi. Itulah puisi hari ini,"
katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya pada Isnin.


Dr. MAZA dianggap sebagai penyokong kuat kepada parti PPBM kerana Tun Mahathir berada di dalam parti itu.

Saranan Dr. MAZA itu bagaimanapun ditempelak netizens.

Kebanyakan pengomen merasakan saranan Dr. Maza itu berat sebelah tanpa mengambilkira kesan pentadbiran yang dilakukan oleh parti calon parti pilihannya. 

Rakyat tanggung sengsara, mufti di pejabat selesa..



Nak beri teguran biar jelas dan berani..



Dah uturn ke..?




Meskipun tidak menyebutkan apa-apa nama di dalam kenyataan itu, ramai netizens beranggapan kenyataan itu bermakna mengajak pengundi agar memangkah calon Pakatan Harapan yang diwakili dari parti PPBM. 


Mufti Perlis itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut di atas saranan itu meskipun menerima kecaman yang bertubi-tubi di atas post tersebut. - 6 November 2019.