Bekas model, Felixia Yeap telah selamat memeluk agama Islam sekitar 6.30 petang semalam dalam keadaan dirinya turut berpuasa.
Post by Felixia Yeap.
Dalam satu statusnya, Felixia memaklumkan ada beberapa jam lagi sebelum majlis yang digelarkannya sebagai "kelahiran semula" itu berlangsung.
"Ada beberapa jam lagi sebelum berlangsungnya majlis "kelahiran semula" saya.... Famili dah sampai dan menunggu bersama saya," katanya di laman Facebooknya Felixia Yeap.
Post by Felixia Yeap.
Beliau sempat bergurau apabila mengatakan ahli keluarganya sibuk hendak menyambut sambutan hari lahirnya tetapi terpaksa menunggu waktu berbuka puasa baru boleh makan kerana Felixia berkeras mahu berpuasa.
"Nak celebrate (sambut) birthday (hari lahir), tapi saya tetap berkeras nak berpuasa, jadi semua ikut saya duduk rumah je," katanya.
Selain itu, Felixia turut berkongsi gambar dua angpow yang diberikan ibunya sebagai tuah untuk dia melangkah ke alam kehidupan baru sebagai seorang yang beragama Islam.
Post by Felixia Yeap.
"Mama baru sampai dan memberikan saya dua angpows dan berkata.. Ma berikan kamu sedikit wang sebagai good luck kepada kamu dan kehidupan baru kamu.
"Saya pun kata padanya.. tetapi duit ma juga datang dari saya, dan kami berdua terus tertawa," katanya.
Felixia sudah pun memaklumkan kepada media melalui laman Facebooknya bahawa dia akan memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah Syahadah di hadapan empat orang saksi di satu lokasi yang dirahsiakan.
Difahamkan juga, ada media yang dapat menghidu lokasi berkenaan dan Felixia bertindak menukar lokasi memeluk Islamnya pada saat-saat akhir untuk mengelak liputan media.
sumber
http://mynewshub.my/main/2014/07/03/felixia-peluk-islam-depan-keluarga-ibu-turut-beri-dua-angpow/