-->

Oktober 03, 2014

Dato Aliff Bengang Nama Di Kaitkan Rita Rudaini

Tetiba saja nama Dato' Aliff Syukri, pengasas D Herbs yang menggunakan tagline 'terlajak laris', naik dan menjadi hangat di media sosial.

Dato Aliff Bengang Nama Di Kaitkan Rita Rudaini

Ianya menjadi bertambah hangat bila Dato' Aliff sendiri memuat naik screenshot komen pelakon sensasi, Rita Rudaini di laman Instagramnya.


Rita Rudaini mendakwa bahawa seorang individu yang dikenalinya telah memburukkan nama Dato' Aliff, dan Dato' Aliff nampaknya tak berapa berkenan bila namanya tiba-tiba naik dan dikaitkan dengan pergaduhan tersebut.
"Kalau korang nak bergaduh sgt pun jangan kaitkan nama saya dan aibkan saya!!! Sy x perlukan publisiti yg mengaibkan mcm ni sbb itu masalah anda dan sy x masuk campur …dan tiada kena mengena dgn sy…..

"sy minta tolong jaga hati dan perasaan sy..krn saya ada ibu isteri , mertua dan anak2?? Sy x perlukan publisiti sperti itu.. saya punya maruah!…

"sy x kisah kalau ada yg mengutuk saya di belakang kerana sy tahu rezeki dan masa depan saya Allah Swt dah tentukan…dan bukan dengan kutukan dan hinaan org lain…"

"sy x kisah berkawan dgn sesiapa asalkan jangan tau berbudi dan bahasa…cuba anda ditempat saya???kalau betul salah saya tolong buktikan dimana sbb apa dan mngapa?? semoga Allah membalas jasa baik anda semua n mengaibkan sy sebegini…"

Menerusi sumber-sumber, ada yang mengatakan isu ini ada kaitan dengan kes pembubaran Syarikat RC Cosmetic and Health Care (RSCHC) yang ditubuhkan Rita bersama sahabatnya, Siti Saleha akibat tiada lagi persefahaman antara mereka.






Tiada salahnya dengan kenyataan yang dilakukan oleh Dato' Aliff. Semestinya sedikit sebanyak perkara ini akan mengganggu imej produknya. Apatah lagi perasaan ahli keluarganya yang sudah tentu akan terkesan dengan publisiti murahan sebegini.


sumber
http://www.ohbulan.com/dato-aliff-syukri-berang-dikaitkan-dengan-pergaduhan-rita-rudaini/