Melbourne - Demi mencari 'Mr. Right' seorang wanita mengembara ke 22 buah negara dan keluar berdating dengan 75 lelaki selama tiga bulan. Semuanya adalah demi misi mencari lelaki yang sesuai iaitu 'The One'.
Bagi Bambi Smyth, 55, sepanjang pengembaraan ke seluruh dunia itu, dia bertemu lelaki melalui 'blind date'.
Antara lelaki yang ditemuinya adalah putera raja Itali, gigolo dan paderi.
"Saya ingin mengenali ramai lelaki namun ada kalanya saya hanya mempunyai masa sehari di sesebuah negara jadi saya hanya bertemu dengan dua atau tiga lelaki sahaja.
"Ia agak sukar namun menarik", Katanya dengan lelaki ke-75 yang ditemuinya berasal dari Itali dan dikenali sebagai Stefani sebagai lelaki yang berada di kedudukan teratas dalam misi mencari Mr. Right.
"Stefano merupakan lelaki yang paling menakjubkan yang pernah saya temui. Dia seorang arkitek dan baik hati, menarik serta amat memahami," katanya.
Smyth memutuskan untuk menggabungkan pencarian Mr Right beliau untuk cinta dengan mendapat kefahaman tentang perbezaan budaya yang terlibat semasa dalam dating dia. Smyth akan merekodkan pengembaraan beliau pada buku barunya bertajuk "Men On The Menu".
Sebelum meninggalkan Melbourne, Smyth menghubungi setiap orang yang dikenalinya melalui e-mel memberitahu mereka bahawa beliau menulis sebuah buku tentang makanan dan lelaki dan mencari Mr. Right untuk dating di pelbagai negara.
Beliau berkata, mereka harus 'seelok-eloknya single dan berusia sekitar antara 25 hingga 55 tahun.
Bagaimanapun ujarnya sepanjang pengembaraanya itu, ia bukan sesuatu yang mudah, seperti yang dijangkakannya.
"Ada seorang lelaki di Hungary yang menawarkan untuk memasak makan malam di apartment yang kecil.
"Ketika dia sedang memotong ayam, dia memberitahu saya bahawa saya sesuai menjadi pembunuh upahan kerana saya pandai memotong ayam dengan kemas dan bersih.
"Ketika itu saya menggeletar kerana takut dan hanya Tuhan yang mengetahui perasaan itu," katanya.
Meskipun Smyth masih belum bertemu pasangan hidupnya, tetapi dia tidak menyesal mengembara ke seluruh dunia dan bertemu 75 lelaki.
Sumber: Mynewshub.cc