-->

September 05, 2019

Buy Muslim First Sudah Memandai, Usah Tokok Tambah Bumiputera..

Oleh : Firdaus Wong

Sahabat semua, #BuyMuslimFirst itu memadai. Tidak perlu tambah #BuyBumiputeraMuslimFirst atau #BMBF. Kenapa saya cakap begitu?


Islam tidak mengajak kepada ketaksuban bangsa dan kaum dan perlu difahami di Malaysia kita ada Muslim Melayu, Muslim Cina, Muslim India, Muslim Kadazan, Muslim Iban, Muslim Serani, Muslim Murut dan ramai lagi Muslim dari pelbagai bangsa.

Apabila meletakkan Bumiputera, bagaimana pula dengan bukan Bumiputera tetapi beragama Islam? Utamakan produk MUSLIM memadai.

Harap para asatizah juga bila berceramah cuba kurang penggunaan 'Kita orang Melayu Muslim' kerana di dalam ceramah itu juga ada orang India, Cina dan bangsa lain yang beragama Islam juga. Ya Melayu adalah majoriti tetapi kita memperjuangkan bangsa atau agama sebenarnya?

Saya utamakan produk dan kedai Muslim tetapi tidak boikot produk dan kedai Belum Muslim.