Oleh : Halim Abdurrahman
Memandangkan hal ini sudah semakin viral, boikot yang tak masuk akal, berbaur rasis dan seakan mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, maka saya kena bagi pencerahan.
1. Empunya status asal yang dipetik oleh page 'Sokongan Produk Muslim' dan di share pula oleh page ABCD, sudah pun memohon maaf secara terbuka kepada pihak Farm Fresh ekoran dakwaan (baca; 'dakwaan fakta separuh masak') yang menimbulkan fitnah dan persepsi tidak baik kepada Farm Fresh. Laporan polis juga sudah dibuat kepada pemilik status tersebut. Jika persepsi yang sudah menjadi salah faham ini masih berterusan, saya tidak terkejut jika kedua-dua page berkenaan berhadapan tindakan mahkamah.

2. Berkenaan dengan Farm Fresh secara umum, ia dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Company. Dalam syarikat ini mempunyai beberapa shareholder dan ahli lembaga pengarah antaranya Khazanah Nasional (institusi nasional), Rainforest Capital (Mr Loi) dan Farm Fresh Dairy Produce (milik Azmi Zainal dan rakan Ausie beliau).
3. Dalam konteks perniagaan perkongsian, Mr. Loi adalah CEO, Tn Azmi Zainal sebagai COO dan Ganesh sebagai CFO. Ada Cina, Melayu dan India yang mentadbir serta memiliki kepentingan syarikat ini. Atau secara zahirnya Farm Fresh adalah milik Malaysia dan milik rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
4. Holstein bukanlah berstatus Bumiputera secara mutlak, kerana ia adalah Syarikat pembangunan strategik kerajaan melalui Khazanah dalam membangunkan industri tenusu negara. Di bawah kerajaan BN dahulu, Holstein dibantu dan diperkasakan bagi mengeluarkan susu terbaik dan mampu bersaing dengan produk luar negara seperti Dutch Lady. Kemudian di bawah kerajaan baru, usaha ini diteruskan dan mendapat sokongan penuh. Kerana ia dianggap antara aset penting negara dalam industri tenusu. Ada beribu lembu tenusu milik Farm Fresh yang ada di Malaysia dan Australia ketika ini, dengan menjadi penyumbang paling utama susu segar negara.
5. Kaitan Mr Loi dengan Tn Azmi Zainal? Mereka adalah sahabat lama dan akrab sejak 1998. Saling membantu dan berganding bahu membangunkan perniagaan ini. Maka kenapa kita harus rasis tidak bertempat? Di Malaysia ini cuma ada Melayu sahajakah?
6. Farm Fresh telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada 634 orang yang mana 70% adalah Melayu. Manakala 540 keluarga menjadi usahawan Home Dealar dengan pendapatan Rm1000-3000 sebulan, majoritinya adalah Melayu Islam. Maka, kenapa harus ditimbulkan persepsi negatif dan rasis oleh page berkenaan?
7. Seperkara penting rakyat Malaysia harus tahu, Farm Fresh di bawah The Holstein Milk adalah satu-satunya jenama tempatan yang mampu menggugat pengaruh jenama susu luar negara seperti Dutch Lady, DHL, Fernleaf, F&N dan Marigold.
8. Di Sarawak, Farm Fresh pernah cuba dihalang daripada dijual di sana. Kerana memberi saingan kepada Eco Fresh yang tidak memiliki status halal. Kemudian jenama Farm Fresh dibenarkan masuk ke Sarawak atas faktor kepentingan puluhan usahawan Farm Fresh bumiputera Sarawak serta kehendak terhadap produk susu halal di sana. Nampak tak betapa penting jenama ini dari sudut status halalnya?
_____________
- Cabaran dan Persaingan dengan produk asing dan tidak halal -
9. Farm Fresh juga membantu para setelit farmer iaitu penternak lembu luar bandar dengan penternak ini menjadi antara penyumbang susu segar jenama Farm Fresh. Di samping berjaya menambah pendapatan penternak.
10. Farm Fresh sentiasa berkongsi idea dengan kerajaan bagaimana merancakkan lagi indusri susu segar tempatan di samping menyaingi jenama luar negara. Alhamdulillah, Farm Fresh adalah satu-satunya syarikat yang mencapai KPI dalam program NKEA EPP13.
11. Seperkara penting mengenai EPP 13. Sebelum Farm Fresh masuk dalam industri, pengilang asing membeli susu penternak melalui koperasi pada harga Rm1.40. Apabila EPP13 dilancarkan, Farm Fresh telah membeli susu penternak pada harga Rm2.40. Industri mula tumbuh rancak dan SSL pada ketika itu hanyalah 5%. Kini harga susu mentah telah mencapai Rm3.20, bermaksud penternak telah mendapat faedah dari peranan Farm Fresh.
12. Pengilang asing tidak menyokong industri tenusu tempatan kerana mereka ada kepentingan. Malah berlaku persaingan antara mereka dengan Farm Fresh sehingga memaksa pengilang asing membeli susu mentah dengan harga lebih tinggi. Kesannya ramai penternak setelit mula beralih kepada pembeli asing berbanding industri tenusu tempatan seperti Farm Fresh. Namun, ia tetap mengembirakan Farm Fresh kerana penternak tenusu tempatan sudah dapat menjadi hasil lebih tinggi berbanding sebelum, malah Farm Fresh menganggap ia suatu cabaran agar industri tidak berputus asa dan terus ke cemerlang ke hadapan.
13. Jika anda perasan tidak lama selepas Farm Fresh mengeluarkan produk susu kurma, banyak produk susu dari jenama asing mula mengikut jejak langkah tersebut. Masing-masing mengeluarkan susu kurma sendiri. Nampak betapa hebat penangan Susu Kurma Farm Fresh?
14. Hari ini, ladang Farm Fresh yang terletak di Muazam telah mengeluarkan 17% dari pengeluaran susu mentah negara. Menariknya, pada 2016 Farm Fresh telah menduduki tangga no.1 susu segar oleh rating Ac Niealsen.
____________
- Dalil -
15. Tiada larangan dalam Islam untuk mengambil khidmat, kemudahan mahupun produk non-Muslim selagi ia jelas halal. Apatah lagi Farm Fresh yang sememangnya ada share besar orang Islam di sana.
Malah Allah melarang hambaNya mengharamkan apa yang telah Dia halalkan. Walaupun tiada kenyataan jelas tujuan boikot ini adalah untuk mengharamkan produk tersebut, namun persepsi yang ditimbulkan boleh menyebabkan sebahagian kita tersilap faham seakan produk berkenaan haram diminum.
وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ مَتَاعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (Itu adalah) kesenangan yang sedikit; dan bagi mereka adzab yang pedih. [an-Nahl /16 : 116-117]
16. Ketika Saad bin Abi Waqqas sakit, Nabi Shallallahu Allahi Wassalam memerintahkan beliau untuk berubat dengan tabib bernama Al-Harits bin Kaladah. Al-Harits adalah seorang Arab bukan Islam, tidak pula Nabi kata supaya berubat dengan tabib beragama Islam sahaja dan boikot tabib bukan Islam?
17. Nabi juga pernah makan makanan yang dihidang oleh wanita Yahudi, Nabi tidak pernah mengharamkan atau menghalang umatnya makan atau berurusan dengan produk makanan keluaran non-Muslim selagi ianya Halal di sisi syarak.